Guiza...masih belum menyesuaikan diri..
Selepas dua perlawanan (beberapa pasukan akan berentap malam ini), beberapa pemain import dilihat gagal memberi impak kepada pasukan. Nama-nama sensasi pemain import seperti Effa Owona, George Boateng, Emanuel De Porras, Forkey Doe dan Daniel Guiza masih belum mencatat nama sebagai penjaring. Cuma Daniel Guiza yang tampak membantu serangan pasukan Darul Takzim FC dengan membantu pemain-pemain lain menjaringkan gol. Pemain import Negeri Sembilan, Emanuel De Porras dari Argentina kelihatan lesu dalam perlawanan menentang Terengganu sebentar tadi manakal Forkey Doe juga belum menunjukkan naluri pemusnah untuk pasukan barunya musim ini, Selangor.
Effa Owona..gagal mengulangi pencapaian awal seperti di Negeri Sembilan musim lalu...
De Porras belum menjadi dengan Hobin
Dalam perlawanan pertama, Pahang terpaksa mengeluarkan dua pemain importnya ketika menewaskan Darul Takzim FC sebelum menang 3-2 setelah ketinggalan dua gol di babak pertama. Hanya pada perlawann malam ini barulah pemain import Pahang dari Maghribi, Mohammad Borji berjaya meledak gol tunggal Tok Gajah menewaskan Felda United.
Kini timbul persoalan tentang kualiti pemain-pemain import yang dilihat gagal memberi kesan positif kepada semua pasukan dalam Liga Super. Salah siapa? Salah pemain atau salah pasukan yang salah pilih? Apa pun, kita masih di peringkat awal liga, diharap agar semua pemain dapat meningkatkan prestasi masing-masing untuk merancakkan lagi saingan Liga Super Malaysia 2013.










